KEKUATAN
Saya mendapati bahawa pelajar saya masih tidak pernah melihat sayur-sayuran yang sebenar maka saya bersukacitalah bahawa saya ada menyediakan bahan dan peralatan yang bersesuaian dengan murid-murid saya, iaitu saya menyediakan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti kangkung, kubis, lobak, terung, brokoli dan lain-lain. Pelajar-pelajar berasa seronok apabila memegang sayur-sayuran sebenar yang segar. Di samping itu, mereka belajar nama sayur-sayuran tersebut dan ejaan perkataan yang berkenaan. Mereka semua dapat melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran ini.Selain itu, saya memberi peluang pelajar menyanyi lagu "tanam di kebun". Pelajar dididik dengan hiburan nyanyian dengan riang sekali.
KELEMAHAN
Saya mendapati bahawa terdapat kumpulan yang tidak boleh menjawab kertas latihan yang telah diesediakan oleh saya. Mereka memerlukan guru membimbing untuk menjawab latihan tersebut. Masa yang diperuntukkan dalam membimbing pelajar dalam kumpulan lemah telah menjejaskan masa untuk langkah pengajaran seterusnya.
LANGKAH MENGATASI
Setelah saya menjalankan refleksi, saya telah membuat keputusan untuk memperbaiki kelemahan p&p kali ini iaitu saya perlu menyediakan latihan berdasarkan berkebolehan pelajar di dalam kelas saya. Saya perlu mengambil perhatian sepenuhnya untuk membimbing pelajar yang lemah supaya dapat mengikut pelajaran yang telah dijalankan
No comments:
Post a Comment